Isnin, 11 April 2011

Redhalah

Sebenarnya, bila bercerita berkenaan redha..ini..adalah berkenaan keikhlasan hati menerima sesuatu keadaan itu seperti yang dikata..hmm.nak cerita..berkenaan minggu lepas..bile pekeliling berkenaan APCdah dikeluarkan..Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima APC tahun ini..Bila masuk meeting.dalam laman sosial pun begitu sibuk memperkatakannya..mungkin ada di antaranya adalah KITA, Kawan2 KITA , KAWAN PALING X NGAM ngan kita dan orang yang ada di sekeliling kita..Tahniah dan Alhamdulillh kepada yang dianugerahkan dan semoga prestasi kita akan sentiasa terbaik dan bertambah baik..Amin..
Kepada yang x dianugerahkan anugerah itu..tidaklah bermakna anda tidak baik, namun mungkin kite perlu lebih berusaha dan mempertingkat kualiti perkhidmatan kita..insyallah bila tiba rezeki kita, kita akan memperolehinya..kadang-kadang bukan dalam bentuk APC..namun mungkin dengan kenaikan pangkat ataupun rezeki-rezeki lain..

Kepada yang sudah hampir berabad di dalam perkhidmatan namun masih tidak pernah dicalonkan janganlah terasa hati dengan situasi ini..janganlah menganggap bos pilih kasih, tahun ini x nak buat keje..dan seterusnya memusuhi org2 yang mendapat APC dengan anggapan mereka tidak layak..mungkin di dalam benak anda kata2 ini berlegar2 "Kenapa bukan aku, Kenapa dia? Aku kerja macam nak rak, dia yang duduk goyang kaki yang dapat" @ " Kenapa budak baru keje 2 tahun yang dpat? aku dah 10 tahun kerja pun x dpat2?"

Sabarlah..Tenanglah wahai Hamba Allah..Untuk pertama sekali..Bertenanglah...Bersabarlah. Kemudian ..tariklah nafasmu panjang-panjang..Cubalah senyum ..ya..untuk diri sendiri dulu ( biola org nak kate gilo pun ) ..dan berkatalah di dalam hati denngan tulus dan ikhlas " Ya Allah sesungguhnya aku amat terasa hati dengan penganugerahan tersebut..Ya Allah lapangkan dada ku ini..semoga dapat aku menerima segala keputusan yang telah kau tetapkan untukku ini dengan hati yang REDHA..berkati lah pekerjaanku dan rezeki yang ku terima darinya.dan lindungilah serta berkatilah keluargaku ..Amin"

Memang pada mulanya untuk mengikhlaskan hati..kepada sesuatu yang tidak kita redhai ..adalah amat berat sekali..namun perlahan-lahan..apabila kita memohon kepada ALLAH..Insyaallah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani..Allah akan mengubati hati kita yang terluka dengan memberi kita ketenangan dan beberapa perkara2 yang tidak mungkin dijangka..AMIN

dan jangan lupa ya ..Ucapkanlah Tahniah kepada mereka yang dimurahkan rezeki Allah itu..IKHLAS ya..

Tiada ulasan: