Selasa, 31 Disember 2013

Peristiwa menjelang 2014

 Post sebelum ini aku ada menyatakan bahawa 16 Oktober 2013, genaplah perkhidmatanku 10 tahun di dalam sektor kerajaan. Alhamdulillah. Gaji bertambah dan Cuti pun bertambah.

Namun, pada 11 November 2013, aku dikejutkan dengan surat pertukaran di luar agensi. Memang sangat mengejutkan walaupun sudah dijangka dan pastinya ia menyentuh hati dan perasaanku.



Betapa tidak pernah terlintas untukku meninggalkan jabatan kesayanganku ini, tapi apakan daya khidmatku diperlukan di agensi lain. Dengan hati yang tekad aku berusaha positifkan diriku walaupun suamiku memang menentang keras perpindahan ku ini..malah aku disarankan untuk menamatkan perkhidmatan..Sangat mencabar dan sangat mengelirukan hari-hari terakhirku di jabatan lama. Aku bukan sahaja bergelut dengan tugas semasa yang perlu diselesaikan, tetapi dengan cabaran dalaman yang amat melemaskan. Sesungguhnya aku amat menyayangi tugas-tugas ku..segala kerja cuba kulaksanakan walaupun hatiku sedih, tiada sokongan daripada sesiapa dan bermacam-macam masalah peribadi yang datang. Sesungguhnya Allah menguji aku dengan perkara yang aku sayang dan obses. Secara rasminya bermula 23 Disember 2013, aku telah berpindah ke institusi latihan kemahiran yang baru dan kementerian baru . Semoga aku berjaya melaluinya dan semoga Allah memberkati dan melindungi ku..amin.
Buat kakitanganku semoga berjaya dan sentiasa bantu-membantu di dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. amin.



 Majlis Perpisahan ku 2013.

 Berat ni..hehehehe

Hadiah dah gantung kat rumah da..
 Senyum sokmo..dalam hati hanya tuhan yang tahu..:)
  Gambar semua staff..tq u all

Gambar semua staff lg ..Panjang umuq kita jumpa lg yek..

1 ulasan:

2020 Alaf Baru berkata...

Alfatihah utk arwah imran..slps setahun lebih berpindah ke ikbn kuala langat..aku mndpt berita yg mnyedihkn.imran terlibat dgn kemalangan di nilai on the way nak ke ofis..